Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 23 Januari 2009

Lintah..oh lintah...


2 ari lepas aku kuar jalan2 ngan member aku kat midvalley..maklumla baru dapat bonus ingat nak g shopping cari toaster ngan kasut..dah abes makan kat food court tu kitorang nampak ada pameran yayasan pembangunan ekonomi Islam (lebih kurang gitu le kalau tak silap aku)..kitorang pun masukla nak tgk ada apa kat dalam tue..ada mcm2 gerai rawatan matala, jantungla..katering kawenla, makananla, kainla..dan akhir sekali sampaila kami kat satu gerai yang agak menarik.
Gerai ni menyediakan rawatan berbekam guna lintah...lintah dia dari yang halus (sehalus lidi) sampaila yang paling besar (sebesar jari)..kebetulan plak aku memang tgh cari rawatan resdung..sbb resdung aku makin menjadi2 dewasa ini, jerawat jgn ceritalah sampai dah takde space jerawat tu nak tumbuh..sakit ati aku bila tgk cermin. so, aku decide nak try..mula2 tu seganla jugak aku dibuatnya sbb kat situ ramai lelaki dari pompuan (maklumla pompuan ramai yang geli)..tp pada aku ngan lintah aku tak de masalah. akupun dudukla dan exhibitor tupun terangkanla pasal rawatan lintah ckit..memula dia ckp untuk rawatan resdung bleh buat kat tengkuk..lepas tu big boss dia plak muncul tgk jerawat aku yang tumbuh melata kat muka aku ni, trus ckp..buat kat muka la dik..resdung elok buat kat muka..ha?!!! kat muka? (dalam ati jelah) bukan cuak sbb geli, cuak sbb aku terbayang mcmnala aku nak g shopping ngan muka bertampal plaster lepas abis treatment nanti...disebabkan aku nak sgt cuba gak..aku tak kesah..
2 ekor lintah yang halus dorang letakkan kat dahi dan pipi aku..memula terasa mcm kene gigit semut lepastu tak de rasa pun, cuma mula2 tu terasala lintah tu dok mencengkam kat kulit muka dan sedang menyedut kuar darah aku yang penuh yang toksin agaknya...lepas tu kepala ku terasa pening2 ckit..sejam lebih jugakla aku nak tunggu lintah2 tu kenyang..selama sejam lebih jugakla aku terpaksa buat muka selamba bila org lalu lalang gerun tgk muka aku yang ada lintah..(malu pun ada gak sebenarnya, baru aku paham perasaan alien mcmmn rasanya)..dah habis sejam lebih, muka ditampal plaster satu kat dahi satu lagi kat pipi..sudahnya aku terpaksa gakla meround midvalley ngan muka yang bertampal2 plaster ni dengan selamber lagi glamer ni disebabkan darah masih aktif mengalir kesan dari enzim liur lintah tu yang ada agen pencair darah..anehnya aku buleh berjalan2 shopping sakan dengan selesanya wpun mukaku ada 'kelainan' sedikit..sikitpun aku tak hiraukan plaster2 yang melekat tebal kat muka aku ni...satu lagi pengalaman baru..pada yang blum cuba tu..tryla buat sekali..at least sekali seumur hidup pun jadikla...

6 comments:

Biskut Gabeng berkata...

wah!!! sedapnya lintah 2 dmakan!!!

saja jak test2 beccek...
tadi mintak tolong kan

Biskut Gabeng berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Biskut Gabeng berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ainirahim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
gruposuburbano-ruso berkata...

tenes frio que te tapas la cabeza

Unknown berkata...

eeee...lintah! cik aini x takot ker..huhu..bgus3..