Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 23 Januari 2009

Lintah..oh lintah...


2 ari lepas aku kuar jalan2 ngan member aku kat midvalley..maklumla baru dapat bonus ingat nak g shopping cari toaster ngan kasut..dah abes makan kat food court tu kitorang nampak ada pameran yayasan pembangunan ekonomi Islam (lebih kurang gitu le kalau tak silap aku)..kitorang pun masukla nak tgk ada apa kat dalam tue..ada mcm2 gerai rawatan matala, jantungla..katering kawenla, makananla, kainla..dan akhir sekali sampaila kami kat satu gerai yang agak menarik.
Gerai ni menyediakan rawatan berbekam guna lintah...lintah dia dari yang halus (sehalus lidi) sampaila yang paling besar (sebesar jari)..kebetulan plak aku memang tgh cari rawatan resdung..sbb resdung aku makin menjadi2 dewasa ini, jerawat jgn ceritalah sampai dah takde space jerawat tu nak tumbuh..sakit ati aku bila tgk cermin. so, aku decide nak try..mula2 tu seganla jugak aku dibuatnya sbb kat situ ramai lelaki dari pompuan (maklumla pompuan ramai yang geli)..tp pada aku ngan lintah aku tak de masalah. akupun dudukla dan exhibitor tupun terangkanla pasal rawatan lintah ckit..memula dia ckp untuk rawatan resdung bleh buat kat tengkuk..lepas tu big boss dia plak muncul tgk jerawat aku yang tumbuh melata kat muka aku ni, trus ckp..buat kat muka la dik..resdung elok buat kat muka..ha?!!! kat muka? (dalam ati jelah) bukan cuak sbb geli, cuak sbb aku terbayang mcmnala aku nak g shopping ngan muka bertampal plaster lepas abis treatment nanti...disebabkan aku nak sgt cuba gak..aku tak kesah..
2 ekor lintah yang halus dorang letakkan kat dahi dan pipi aku..memula terasa mcm kene gigit semut lepastu tak de rasa pun, cuma mula2 tu terasala lintah tu dok mencengkam kat kulit muka dan sedang menyedut kuar darah aku yang penuh yang toksin agaknya...lepas tu kepala ku terasa pening2 ckit..sejam lebih jugakla aku nak tunggu lintah2 tu kenyang..selama sejam lebih jugakla aku terpaksa buat muka selamba bila org lalu lalang gerun tgk muka aku yang ada lintah..(malu pun ada gak sebenarnya, baru aku paham perasaan alien mcmmn rasanya)..dah habis sejam lebih, muka ditampal plaster satu kat dahi satu lagi kat pipi..sudahnya aku terpaksa gakla meround midvalley ngan muka yang bertampal2 plaster ni dengan selamber lagi glamer ni disebabkan darah masih aktif mengalir kesan dari enzim liur lintah tu yang ada agen pencair darah..anehnya aku buleh berjalan2 shopping sakan dengan selesanya wpun mukaku ada 'kelainan' sedikit..sikitpun aku tak hiraukan plaster2 yang melekat tebal kat muka aku ni...satu lagi pengalaman baru..pada yang blum cuba tu..tryla buat sekali..at least sekali seumur hidup pun jadikla...

Suatu malam yang indah...


semalam merupakan di antara malam2 aku yang 'indah'...aku masuk keja pukul 9 dapat tau je tugasan aku malam ni kene jaga pakcik M (bukan nama sebenar)...peh..jaga pakcik ni mcm jaga dua orang pesakit (ratio kat ICU nurse to patient 1:1). pakcik M ni baru abes operation bypass petang semalam dan baru 4 jam kat ICU..lepas je orang syif petang pass over report kat aku, bermulala tugas aku sebagai misi a.k.a staff nurse..pakcik M ni tak stabil dan very2 dependent on drugs, dari kepala jer dah ada ventilator (alat bantu nafas), kiri kanan sampai ke kaki plak ada mesin2 (yang tak perlula aku crita apa fungsinya) semata2 nak sokong jantungnya yang sememgnya dah lemah dan nak bagi mentenkan tekanan darahnya yang tak berapa nak menten pun(dahi aku dah mula berkerut dah)..pasal mesin2 tue aku tak amik kisah sgtla sebab aku dah besa handle mesin2 tu (hehehehe mcm terer plak bunyiknya) cuma yang buat aku pusing mcm gasing semalam tekanan darah pakcik M ni yang takat berapa kupang jer...dekat ICU, antara perkara paling penting nurses dan surgeon kene monitor closely adalah tekanan darah..terlalu tinggi pun tak nak (takut bleeding dan stroke) terlalu rendah pun tak nak (takut dapat multi organ failure)..kedua2nya bleh bawa maut..sudahnye aku 'bejoget' sepanjang malam (10 jam woooo) tanpa henti semata2 nak bagi stabil. seb beklah doktor on call mlm ni MR BURN (bukan nama sebenar) kalau Mr 'Squidward the sengal' tu yang on call abesla aku..Mr Burn ni cool jer. senang keje ngan dia nih(tak heranla mamat ni disukai ramai)...kalau mamat sekor lagi tuh (sakit jiwa raga aku dibuatnya)...huh!!!len kalila aku crita pasal c squidward tu..buang masa aku je..jaga patient yang kritikal mcmana
pun aku tak amik kesah sangat yang penting doktor yang bertugas adalah orang yang bleh keje sama..

Malam itu merupakan antara malam2 yang besa buat misi2 icu mcm aku..kitorang dah besa berhadapan dgn mcm2 situasi dan keadaan pesakit..itu baru ckit, belum lagi kalau dapat patient yang bleeding++++ pendarahan sampai 2 liter, bagi masuk darah sampai 10 pek darah..chest reopen (luka di dada dibuka semula), kes2 'code blue' (kecemasan)..etc..kalau naseb tak bek dibungkus oleh misi (pass away la tu)..hmmm..aku baru je stahun lebih keje kat ijn tuh..tiap pengalaman yang aku dapat terlalu berharga (kerana diriku begitu berharga..).banyak benda yang aku belajar dan aku masih dalam proses belajar lagi..tiap hari aku blajar benda yang baru, tak kesahla pasal jantung ke, mesin ke, komunikasi, kasih sayang, setiakawan...tu sume terpulang ngan kita gak mcmna nak update diri kita sendiri..bukan takat buku akaun je yang kita nak update..kita sendiri pun kene update gak kan..

Rabu, 21 Januari 2009

langkah pertamaku..







Langkah pertamaku...blog? apa tue blog? sekarang ni ramai yang da ada blog masing2..dan akula salah satunya. aku baru je berjinak2 nak bukak blog..bukan sbb aku nak ikut masa kini, cuma berminat mengisi masa lapang aku dgn menulis blog sendiri plak (develop hobi baru la tu) untuk isi masa lapang aku (itupun kalau ada la). Bila aku bukak blog org len, masing2 punya kelebihan dan cerita tersendiri..bebas meluahkan apa yang dirasa dari sudut pandangan masing2 mengenai apa jer. masing2 punya kreativiti untuk hias blog dan punya cara penceritaan tersendiri..ada yang berpuisi la..ada yang bukak bisnes onlinela..hmm aku? terpulang la..sekadar suka2.. Kalau diikutkan aku bukanla orang yg suka buat karangan panjang2 masa zaman sekolah dolu2. Tiap kali kelas bahasa melayu, akula orang yg paling cepat bosan dalam kelas (dahla duduk meja paling depan..naya)..buat karanganla..tatabahasala..dan yang paling 'best' sekali sastera (tak minat langsung). Tapi kali ni, bila aku bukak blog aku sendiri aku tak kisah. Aku buleh tulis apa jer yang aku nak tanpa ikut format surat rasmi ke..aku bleh tulis berapa banyak perkataan yang aku nak tanpa ikut berapa ketul perkataan yang aku tulis, dan aku buleh tulis apa2 jer yang aku nak!!! wakakakaka!!!tak kirala tatabahasa aku tunggang langgang. So, pada sesaper yang ada terbaca dan yang sudi baca blog aku ni da kira bagus..terima kasih atas kesudian korang meluangkan masa korang membaca 'karya2' aku ni..